Thursday, 14 July 2016

PENGHARGAAN


Syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya kita diberikan kesihatan yang baik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

Pertamanya kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Pensyarah kesayangan kami, Pn Elyn Binti Mohd Ridzwan kerana memberi tunjuk ajar serta bimbingan daripada awal hingga akhir dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan yang memberi tunjuk ajar serta kerjasama dalam menyiapkan kerja e-folio ini. Mereka telah memberikan kami segala pertolongan dan sokongan moral sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam kerja menyiapkan e-folio ini secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, Terima Kasih. 


 


PENGENALAN


Dalam prinsip asas ini kita akan menguruskan beberapa konsep prinsip asas yang diamalkan oleh sesetengah organisasi. Ia bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman jahiliah, mesir kuno dan sebagainya.

Konsep pengurusan ini boleh dijadikan amalan organisasi pada masa ini. Ia boleh membahagikan kepada tiga kategori iaitu ;



i.                    Konsep pengurusan islam

ii.                  Konsep pengurusan barat
iii.                Konsep pengurusan jepun





KONSEP PENGURUSAN ISLAM





Sistem pengurusan islam menjadi lengkap dan sistematik kerana berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya mestilah jelas, tersusun dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang cekap dan terperinci.




DEFINISI PENGURUSAN ISLAM



Ahmad Ibrahim Abu Sin

Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.



Profesor Syed Othman Alhabshi

Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencatumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.





Muhammad A. Al-Buraey

Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.




Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam





·         Melaksanakan syariah Islam iaitu Ibadat, Muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.

·         Mencari keredhaan AllAH walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.

·         Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah dengan adil dan tidak menjejaskan hubungan baik sesame insane

·         Memastikan bahawa Islam itu berada tinggi darjatnya daripada hal-hal yang lain.





TIGA PRINSIP PENGURUSAN ISLAM



DEMOKRASI

Jaminan untuk mempertahankan hak individu.



DELEGASI

Agihan dan penyerahan tugas mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh ketua.



SYURA

Pengurusan yang merangkumi perundingan perbincangan dalam suatu mesyuarat bagi memastikan peluang penyertaan yang diberikan kepada setiap organisasi dapat memberikan cadangan untuk mencapai kata sepakat.


CIRI-CIRI UMUM



·         Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.

·         Pergolakan dan perubahan ekonomi memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.

·         Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.



·         Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.




CIRI-CIRI KHUSUS



o   Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:



“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.

                        (Surah Al-An’am : 6:162)



o   Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :

   

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.

                                (Surah An-Nisa : 4:58)




PRINSIP ASAS

·         AL-UBUDIYAH

·         AL-ADALAH

·         AL-SYURA

·         AL-HURRIYAH

·         AL-MUSAWAH




PRINSIP AL-UBUDIYAH (PENGABDIAN TERHADAP ALLAH)



Takrifan Al-Ubudiyah

Pengabdian diri semata-mata kerana Allah SWT dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang memperolehi ganjaran pahala diakhirat.



Firman Allah S.W.T bermaksud:

‘’Dan (ingatlah) aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan mereka menyembah dan beribadat kepada-ku’’






SYARAT-SYARAT PRINSIP

AL-UBUDIYAH



·         Niat yang ikhlas.

·         Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak.

·         Perlaksaan kerja hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan akhlak islam.

·         Amalan kerja hendaklah dilakukan sebaik mungkin.

·         Tidak melalaikan ibadah.




GARIS PANDUAN BAGI KHALIFAH ALLAH



Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian.

Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri didalam rumah ibadat.



“Dan ingat lah kamu wahai Muhammad ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri ( sambil ia bertanya dengan firmanNya) “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab”Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan)tentang hakikat tauhid ini.



(Surah Al-A’Raf:172)




PERKARA PENTING

(Al-Ubudiyyah dengan organisasi)



·         Matlamat dan hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT.

·         Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT.

·         Budaya yang wujud dan terus berkembang dalam sesebuah organisasi perlu





KESAN POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI



·         Warga organisasi akan  menjadikan setiap organisasi sebagai satu ibadah

·         Warga organisasi akan  mengaitkan  segala kegiatan dalam organisasi agama

·         Budaya yang  wujud dalam organisasi yang menjadikan  sesuatu  yang  positif  sejajar dgn nilai dan prinsip agama.

·         Agama menjadi unsur utama  agama dalam  menentukan  tindak  tanduk  dan kegiatan dalam organisasi.




Al-Adalah (Keadilan)



Dari segi bahasa :

Meletakkan sesuatu pada tempatnya.



Dari segi istilah :

Meletakan sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.



Menurut Al-Mawardi pula bermaksud jelas kejujuran, menjauhi yang haram, bercakap benar, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat dengannya.







KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM PERKARA SEPERTI BERIKUT :-



·         Membuat sesuatu keputusan

·         Keadilan terhadap Allah SWT.

·         Timbangan dan ukuran

·         Pengurusan harta







BENTUK BENTUK KEADILAN



       I.            Keadilan dalam bentuk bersamaan

          -Seperti mendapat bonus tahunan , hak bercuti dan sebagainya.

    II.            Keadilan dalam bentuk berbeza

-Setiap pekerja berhak untuk diberikan gaji oleh majikan mereka , tetapi terdapat perbazaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tugas yang diberikan .

 III.            Keadilan dalam bentuk hak istimewa

-Hak istimewa yang diberikan kepada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.






PENGERTIAN AS-SYURA

-         Mensyuarat yang dia adakan oleh kumpulan umat islam membincangkan kepentingan dan kebajikan umtuk mereka.

-         Kebajikan yang diwajibkan oleh ALLAH kerana melalui mesyuarat segala masalah dapat diselesaikan.




SYARAT MENJADI AHLI SYURA

                                           i.            Bijak dan sentiasa berfikiran jauh

                                        ii.            Sentiasa berlaku adil

                                     iii.            Tidak menzalimi orang lain

                                     iv.            Berilimu



KEPENTINGAN

                               i.            Terhindar dari berselisihan faham antara satu sama lain

                            ii.            Kepentingan yang dibuat lebih baik daripada mengunakan logic akal kerana pandangan diberikan oleh ramai orang bukan lah seorang  sahaja.

                         iii.            Keputusan dibuat dengan matang




AL-HURRIYYAH (KEBEBASAN)

Bermaksud keupayaan untuk memilih mengikut sesuatu undang-undang yang telah ditetapkan. Setiap diberikan diberikan hak untuk beragama , mencari harta, memberi pandangan, berfikir dan sebagainya.




PRINSIP KEBEBASAN

-          KEBEBASAN UNTUK MEMBERI PANDANGAN.

-         KEBEBASAN UNTUK DIRI SENDIRI

-         KEBEBASAN UNTUK BERAGAMA

-         KEBEBASAN UNTUK MENCARI HARTA





KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU

*    Tidak Mengganggu kepentingan orang lain .

*   Tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip agama .

*   Tidak mengganggu sebarang organisasi




AL- MUSAWAH

Al-Musawah atau persamaan adalah prinsip pengurusan Islam.



·       Semua manusia berasal dari keturunan yang sama dan perbezaannya cum a kepada amalan.

·       Kedudukan pada setiap organisasi  adalah sama  pada hak asasi, atau status kemanusian.




JENIS-JENIS PERSAMAAN

·       TANGGUNGJAWAB TERHADAP UNDANG-UNDANG.

·       TANGGUNGJAWAB TERHADAP HUKUM.

·       PENERIMAAN KEMUDAHAN




PERLAKSANAA TERHADAP ORGANISASI MUSAWAH

Semua organisasi diterima sama rata terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.

 Hendaklah dihormati kerana setiap manusia mempunyai maruah.

Pembahagian tugas haruslah diberikan dengan sama rata.





KESIMPULAN





Dalam topik prinsip asasini kami menerangkan dengan lebih mendalam iaitu AL-UBUDIYYAH, AL-ADALAH, AS-SYURA, AL- HURIYYAH dan AL-MUSAWAH.



Prinsip AL-UBUDIYYAH menerangkan perkara berkaitan mengabdikan diri kepada ALLAH menakala prinsip AL-ADALAH menjelaskan tentang hal keadilan dalam seseorang organisasi.



Seterusnya, prinsip AS-SYURA membincangkan kenapa kita perlu permesyuaratan dan juga prinsip AL-HURIYYAH pula bermaksud bebas dari banyak segi .



Akhir sekali , prinsip AL-MUSAWAH adalah persamaan antara manusia dan manusia lain. Prinsip ini tiang kepada pengurusan Islam kerana tanpa tiang takkan teguh sesebuah struktur sesuatu bangunan itu.